学校宪章

KAMI WARGA SJK (C) FOON YEW 2
DENGAN PENUH KEINSAFAN BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.

Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa / penjaga, masyarakat dan negara / kerajaan.

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.

Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik dan bukan akademik.